Saturday, 16 January 2010

Kenapa saya pilih weil china?

Dua buah novel yang cukup menarik, yang benar-banar menyentuh perasaan..hasil cinta sejati terhadap Islam..hasil tulisan Puan Ameena Syenlikoglu, perempuan Turki yang cukup terkenal..yang juga manjalani sebahagian hidup di penjara...semata-mata kerana Islam..lihat apa komen penulis lain terhadap buku beliau...Mari kita lihat apa kata Muslimah bernama Aminah Syenlikoglu yang kami kagumi ini." Pembaca yang budiman. Saya di antara salah seoarang wanita Muslimah yang kecewa kerana tidak menunaikan tanggungjwab saya terhadap saudara-saudara Islam di seluruh republic bangsa-bangsa Turki. Dari itu novel ini saya persembahkan sebagai tanda mengorak langkah di dalam usaha menunaikan tanggungjwab saya terhadap suadara-saudara Islam saya di sana sebagai seorang yang bergelar Muslimah."" Semua jenis penyeksaan adalah natijah Atheis walau namanya berbeza "Kata Sasterawan Syule Yuksel Syenler." Saya membaca ‘ Weil China’ karya puan Aminah dengan penuh perasaan. Kami semua mengenali puan Aminah, seorang yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan masyarakat dan pihak berkuasa serta dirinya sendiri. Beliau sering berkata " Apa yang mesti aku lakukan terhadap mindaku ini dan apa yang boleh aku lakukan padanya"Juga kata-kata sasaterwan Turki- Husen Ozmez" Puan Aminah telah menghasilkan sebuah novel yang mampu membuatkan saya tidak dapat tidur sampai ke pagi. Saya mula dapat selami apa yang dialami oleh orang-orang Islam daripada segala jenis penyeksaan sewaktu membaca novel " Weil China" ini sehinggakan air mata tidak dapat saya tahan sewaktu menjiwai patah-patah yang keluar dari mulut imam sambil airmatanya berlinangan mengalir ke pipi kerana terlalu teruk diseksa." Aku akan datang kepadamu wahai Rasulullah."Saya menangis beberapa detik kerana terlalu sebak sambil berdoa memohon ke hadrat Allah agar mematikan saya pada jalan yang mulia ini setelah saya dapat menuntut bela untuk golongan lemah yang dizalimi.Rasa malu pada diri sendiri mula menyelubungi diri lebih-lebih lagi terasa malu kepada roh Islam saya sewaktu meneliti baris-baris ayat di dalam novel ini. Ianya sebuh kisah yang amat memilukan, bukannya sekadar sebuah cerita biasa yang dihasilkan melalui khayalan semata-mata bahkan sebuah rrealiti. Puan Aminah menggunakan gaya bahasa yang menarik sewaktu mempersembahkan kisah di dalam novel ini. Dari sudut bahasa beliau menggunakan bahasa yang lancer seperti air sungai, ada kalanya menggunakan gaya bahasa yang panas membara seperti bara api.Kisah yang dipamerkan oleh beliau dalam novel ini sunyi daripada benda yang dibuat2 bertujuan memancing minat pembaca………."

No comments:

Post a Comment